April 25, 2009

5 Siapakah Pembantu-Pembantu TG Nik Aziz Yang Sesat Di Dalam Pas?

Saya merasa terpanggil untuk memberi komen apabila membaca tulisan terbaru anak lelaki TG Nik Aziz iaitu Ustaz Nik Abdul di dalam tulisannya bertajuk "kerja-kerja bodoh di dalam Pas". Di antara perkara-perkara menarik di dalam tulisannya adalah:

1. Ada orang-orang di dalam Pas sendiri yang sekarang ini sedang sibuk melaga-lagakan di antara TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi. Golongan inilah yang menjadi dalang menyebabkan berlakunya pepecahan yang teruk yang tidak pernah berlaku sebelum ini iaitu perpecahan dua puak iaitu puak Erdogan dan puak ulama:

Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.

Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!

2. TG Nik Aziz sebenarnya tidak menolak "Unity Government" atau kerajaan perpaduan. Cuma hasratnya seringkali disanggah oleh pembantu-pembantunya yang masih kebal untuk berkiblatkan mantan banduan salah guna kuasa, Anwar Bin Ibrahim. Golongan-golongan inilah yang seringkali memberikan input yang salah kepada TG Nik Aziz bertujuan untuk melaga-lagakan dirinya dengan TG Haji Hadi. Golongan-golongan ini akan melakukan apa sahaja asalkan pemimpin mereka yang gila kuasa, Anwar Bin Ibrahim dapat memperkudakan parti Pas untuk kepentingan politik kotornya dan cita-citanya untuk menjadi Presiden Republik Malaysia:

Bukankah anda dapat lihat bagaimana semacam ayahanda menghentam ‘kerajaan campuran’ bukan unity Government? Bukankah selepas pertemuan kurang sepuluh mata bersama TGHH, ayahanda tidak lagi menyerang. Ertinya sesuatu yang baru dan meyakinkan telah diperolehinya daripada TGHH. Itulah yang disembunyikan secara sengaja daripadanya.

Di mana pergi pembantu - pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi tuhan!? Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!

Modus Operandinya sama. Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama PAS di JKR 10 beberapa bulan lepas, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya. Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH. Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka.

3. Golongan-golongan yang mendakwa bahawa mereka ini sebenarnya daripada calon restu daripada TG Nik Aziz disifatkan oleh Ustaz Nik Abduh sebagai berpura-pura dan gilakan kuasa. Golongan-golongan inilah walaupun di dalam parti Islam sekalipun mengamalkan konsep British iaitu pecah dan perintah. Mereka ini telah mewujudkan golongan pengikut TG Haji Hadi dan TG Nik Aziz. Dengan secara tidak langsung mereka dapat merebut jawatan yang mereka idam-idamkan. Kita tidak harus lupa bahawa Anwar Bin Ibrahim sedang merencanakan perancangannya untuk menguasai Pas dengan meletakkan golongan-golongan sekular erdogannnya yang sentiasa berkiblatkan dirinya di dalam membuat sesuatu keputusan:

Menghampiri proses pemilihan menjelang Muktamar PAS nanti, anda sedang menyaksikan usaha daripada pelbagai sudut dan penjuru, jauh dan dekat oleh sesetengah yang mungkin saja saya sifatkan sebagai sekumpulan ‘pejuang nafsu’ yang tersusun untuk memisahkan di antara ulama yang disayangi rakyat.

Ayahanda digunakan. Inilah calon restuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz! Inilah calon restuan Kelantan!Bukankah sebelum ayahanda berangkat ke Mekah, beliau secara jelas mengumumkan untuk tidak berpihak dan menyatakan keenggananya bersuara, bimbang ia mengganggu emosi ahli PAS di dalam kebebasan memilih?

Saya bukan ahli Pas dan saya juga bukan ahli UMNO, tetapi saya sayangkan parti berkenaan seperti mana saya sayangkan parti UMNO. Saya sayangkan Islam yang diperjuangkan oleh kedua-dua parti berkenaan. Saya tidak mahu melihat parti tersebut hancur disebabkan parasit-parasit dan dalang-dalang dari dalam yang akan merosakkannya disebabkan kuasa dan pengaruh dari luar terutamanya dari golongan peliwat Anwar Bin Ibrahim.

Cucu Tok Selampit
The Imperial Hotel, Kota Kinabalu.

Gambar Hiasan: Pemandangan Indah Dari Bilik Hotelku.

April 24, 2009

1 SPRM oh SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan bahawa bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin tidak akan didakwa di mahkamah berhubung siasatan rasuah kerana tidak cukup asas. Dalam alasannya itu, SPRM mendapati Mohammad Fairus ada meminta dan menerima pembiayaan daripada seorang pengusaha kuari bagi menghadiri satu kursus antarabangsa di London, bagaimanapun, pengusaha kuari yang memberi sumbangan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan siasatan terhadap Mohammad Fairus.

Berdasarkan sumber dalaman yang boleh dipercayai, keputusan itu diberitakan kurang disenangi oleh SPRM Cawangan Pulau Pinang, yang menyiasat kes tersebut. Menurut sumber dalaman yang diperolehi, di dalam kertas siasatan awal yang diserahkan kepada pihak pendakwaan, pihak SPRM negeri telah mencadangkan agar Mohd Fairus didakwa berdasarkan bukti kukuh yang diperolehi sewaktu siasatan. Pada masa yang sama, SPRM Cawangan Pulau Pinang dikatakan tidak dimaklumkan keputusan itu terlebih dahulu. Sebaliknya 'sumber SPRM' di ibu pejabat di Putrajaya dipercayai telah menghubungi Fairus secara langsung. Yang menjadi peliknya, sehingga posting ini ditulis, media hanya menyatakan keputusan itu daripada sumber SPRM, tanpa memetik jurucakapnya. Pengarah SPRM Pulau Pinang, Latifah Md Yatim enggan mengulas kes berkenaan semalam, dipercayai disebabkan pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi atau mungkin beliau terkilan dengan perjalanan kes berkenaan. Yang menimbulkan persoalan bagi saya apabila Mohammad Fairus sendiri merasakan seolah-olah terkejut, apabila mengetahui dirinya bebas dan tidak akan didakwa, seperti yang dilaporkan di dalam Utusan Malaysia :
''Alhamdulillah ini adalah kemenangan untuk keluarga serta rakyat yang selama ini telah menyokong dan mempercayai saya. Ini adalah satu keajaiban''.
Apakah ada tangan-tangan ghaib yang mempengaruhi keputusan SPRM di Kuala Lumpur? Adakah keputusan itu ada hubungkait dengan pilihanraya kecil Penanti yang mungkin akan diadakan nanti ? Atau adakah saya terlalu banyak menonton filem-filem trilogi CSI? Kenyataan resmi SPRM, rujuk di sini ...

April 23, 2009

0 Konon Hendak Jadi Hero ... Malu Satu Malaya

Apa hal lah dengan Yeop Perak yang seorang ini. Tanpa usul periksa dan mempunyai bukti yang kukuh Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Mohd Hilmi Ismail telah membuat laporan polis terhadap Malaysiakini berhubung satu artikel yang tidak pernah disiarkan oleh lamanweb tersebut. Artikel tersebut, yang bertajuk ‘Raja Nazrin defends monarchy against ridicule', yang didakwa disiarkan oleh Malaysiakini pada hari Selasa, dikatakan telah menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah. Yang sebenarnya Yeop, artikel berkenaan dipetik dari Bernama oleh Malaysian Insider, di mana ramai pengomen-pengomen artikel berkenaan telah telah mengulas dan menghina Sultan Perak. Ada faham? Lain kali semak fakta betul-betul dulu Yeop ooiii ...

Apa kena dengan kome ni Yeop. Tak pasal-pasal kena minta maaf secara terbuka untuk mengelakkan disaman oleh Malaysiakini. Bagaimana kome boleh cakap kome tidak tahu tentang artikel itu? Boleh kome cakap hanya dimaklumkan mengenainya oleh kakitangan kome, sebelum membuat laporan polis tersebut. Kome tidak tengok dulu ke di dalam internet. Ke kome tidak reti hendak buka internet. Boleh kome cakap Malaysiakini sama dengan Malaysia Today dan blog-blog lain. Memalukan orang Perak sajalah kome ni Yeop!

April 22, 2009

0 Nakhoda Parti Dicalonkan Sebagai Presiden Pas?

Saya bukan seorang ahli Pas. Saya juga kurang mengetahui struktur organisasi parti tersebut. Oleh kerana itulah saya agak keliru dengan fungsi Presiden parti dan Mursyidul Am. TG Nik Aziz sebelum ini pernah menyifatkan dirinya sebagai nakhoda kapal parti itu dan mengingatkan presidennya DS Abdul Hadi Awang agar berbincang dengannya sebelum membuat keputusan isu penubuhan kerajaan campuran. TG Nik Aziz Nik Mat juga berkata beliau tidak mahu terdapat ramai nakhoda dalam satu kapal yang mengeluarkan arahan berbeza sehingga boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli parti dan menjejaskan kredibiliti PAS.

Seperti yang saya tahu di dalam satu kapal hanya ada satu nakhoda atau kapten kapal. Dalam sejarah, tidak pernah ada dua nakhoda. Oleh itu, saya berandaian Mursyidul Am adalah jawatan tertinggi di dalam parti tersebut. Kalau tidak mana boleh orang bawahan menyuruh ketuanya untuk melaporkan apa yang hendak dilakukan olehnya. Ini sudah dunia akhir zaman.

Tup ... Tup ... saya terbaca pula TG Nik Abdul Aziz Nik Mat dicalonkan sebagai Presiden bagi menggantikan DS Abdul Hadi Awang oleh PAS Bahagian Bukit Bintang kerana ketegasannya mempertahankan dasar parti itu. Kali ini saya betul-betul pening. Kalau TG Nik Aziz sudah berada di posisi yang paling tinggi (nakhoda), kenapa pula pengikut-pengikutnya hendak mencalonkan beliau untuk jawatan yang lebih rendah? Saya berharap sangat pengikut-pengikut Pas dapat menunjuk ajar saya.

April 21, 2009

11 TG Nga Menghina Al Quran Lagi Di Depan Ulama-Ulama Murtabak

Hebat. Hebat sungguh orang Pas. Tok Guru Pas yang baru, Tok Guru Nga Kor Ming sekali lagi menyampaikan ayat-ayat Al Quran yang suci. Kali ini di dalam markas Pas di Taman Melewar dan di depan ulama murtabak Pas, Haji Hadi dan TG Nik Aziz. Hebat ... sungguh hebat. Mungkin TG Nga baru saja lepas makan babi dan minum minuman yang haram, datang memberi tazkirah kepada mangkuk-mangkuk hayun yang berada di bawah itu. Majlis ini pasti mendapat keberkatan kerana doa TG Nga diaminkan oleh kedua-dua ulama murtabak berkenaan. Ini disusuli pula dengan laungan takbir seperti majlis ajaran sesat. Entah bila pula agaknya TG Nik Aziz dan Haji Hadi hendak menjemput TG Nga membaca khutbah Jumaat di Masjid Pulau Melaka dan Masjid Rusila. Syabas Pas. Kaum sesat akhir zaman.

4 Dosa Eli Sudah Diampunkan TG Nik Aziz


Satu-satunya ADUN kontroversi yang memaparkan "anu"nya, Eli Wong telah membuat kunjungan hormat ke atas Mursyidul Am PAS, TG Nik Aziz Nik Mat di kediaman rasminya, di JKR 10 Kota Bharu. Elizabeth kelihatan bersama seorang teman dan seorang pengawal peribadi telah membuat kunjungan tersebut pada Sabtu. Pertemuan selama 40 minit itu juga merupakan pertemuan empat mata antara beliau dan Nik Aziz.

Kepada penyokong-penyokong Pas, anda hendaklah menerima Eli sebagai bersih sebersih-bersihnya kerana dosanya telahpun diampunkan oleh TG Nik Aziz. Kepada YB Zulkifli Nordin, anda juga patut menerima Eli sebagai suci seperti bayi. Pandai betul orang-orang DAP ini bersandiwara. Selepas menghina Islam, seorang wakil rakyat DAP bernama Cock telah menderma ke sebuah masjid. Kini seorang lagi pelaku seks bebas telah berbaju kurung dan berjumpa dengan "so call" ulama muktabar. Terkunci rapat mulut pemimpin dan penyokong Pas. Kaku tanpa kata-kata!

1 Barua DAP Arah Sultan Perak Bubar DUN Perak

''Sultan Perak, Sultan Azlan Shah perlu mengembalikan kuasa kepada rakyat dengan membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan. Pas tidak akan bekerjasama dengan UMNO sebaliknya UMNO yang perlu bekerjasama dengan Pas untuk memastikan kestabilan politik di negeri ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

''Yang mencetuskan huru-hara itu adalah provokasi daripada UMNO sendiri yang menyuruh polis membuat sekatan dan sebagainya. Pakatan pembangkang tidak pernah mengajak rakyat bergaduh dan kita tidak mahu huru-hara berlaku demi kesejahteraan rakyat negeri ini," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia.

Berita di atas saya petik daripada Utusan Malaysia. Saya hanya menyiarkan apa yang terkandung di dalam pembuka dan penutup kata-kata untuk mengelakkan daripada dikata menambah-nambah. Kalau berita inipun turut disangkal oleh Nizar "the DAP puppet" Jamaluddin, sila saman Utusan Malaysia.

Wah, sekarang barua DAP, Nizar "the DAP puppet" Jamaluddin sudah berani memberi arahan kepada Sultan Perak. Sebelum dari itu, seorang India bernama Sivakumar yang berkelakuan gila babi telah meminta Sultan Perak memberikan penjelasan kenapa sidang DUN yang akan diadakan bulan hadapan tidak dimaklumkan kepada beliau terlebih dahulu, selaku speaker yang mempunyai kuasa yang tertinggi di Malaysia melebihi perlembagaan negara dan Mahkamah Persekutuan. Siapa mangkuk hayun dua ekor ini yang gila meroyan hendak memberi arahan dan tunjuk ajar kepada Sultan Perak. Patutlah Hospital Bahgia terletak di Tanjung Rambutan di Perak. Ramai bebenor yang sudah tidak waras di sana. Dari segi kedudukan dan kebijaksanaan, Sultan Perak jauh lebih tinggi ilmunya dari lembu dua ekor ini. Hendak dibandingkan dengan ilmu pengetahuan, memang jauh panggang dari api. Kalau sudah belajar bodoh tu tak payahlahlah hendak mengaku sebagai "Insenior". Letak depan pangkal nama title "Ir" pula tu. Buat malu orang kampung saja. Bukan orang tidak boleh semak.

Dan Barua DAP ini pandai pula menuduh UMNO dahulu yang memulakan huru hara di Perak. Siapa yang sibuk tidur dan berguling di atas jalan raya sambil memegang bendera Palestin, UMNOkah? Siapakah yang membaling objek keras ke atas kereta Raja Nazrin, UMNOkah? dan siapakah pula yang memohon sembah derhaka,UMNOkah? Siapakah yang bertindak menghasut rakyat supaya menderhaka, menghina dan mencarut kepada Sultan Perak, UMNOkah? Siapakah pula yang tidak dapat menerima Qada dan Qadar dari Allah, UMNOkah? Dan siapakah yang menjadi barua kepada komunis-komunis di Perak, sendiri mahu ingatlah. Tak malu kah?

April 20, 2009

2 Save Azilah And Sirul Blog Campaign!

Cucu Tok Selampit is glad to join A Voice, Rocky Bru and Goh Wei Liang in the call that could save two lives or send more of the Altantuya murderers to hell. Otherwise, Pakatan Rakyat leaders and supporters who defamed DS Najib Tun Razak should face lawsuits for defamation and sedition.

0 Pakatan Haram Akan Menjadi Seperti Barisan Nasional?

Pakatan Rakyat, sebuah pakatan haram yang tidak berdaftar, terdiri daripada PKR, DAP dan PAS. DAP seperti yang kita tahu mewakili golongan ekstremis Cina yang memperjuangkan sistem kesamarataan di Malaysia, lebih kurang macam komunis. Pas pula telah membuang imej Islamnya ke dalam parit dan cuba menjadi hero orang-orang Melayu. Dalam masa yang sama, menjadi barua komunis-komunis seperti di Perak. PKR pula kononnya memperjuangkan nasib semua kaum. Parti yang berlambangkan mata satu atau simbol mata makhluk "Dajal" ini masih mencari-cari identitinya. Identiti apa selain daripada untuk memenuhi nafsu pemimpinnya yang bukan ahli parti, Brother Anwar Bin Ibrahim untuk menjadi Presiden Republik Malaysia. Makhluk "Dajal" telah dijanjikan oleh Allah di dalam Al Quran untuk diturunkan di akhir zaman untuk menyesatkan umat manusia. Adakah parti ini adalah janji Allah? Wallahualam.

Kalau Pakatan Rakyat (saya lebih suka memanggil Pakatan Haram kerana mereka tidak ada telor untuk mendaftar sebagai gabungan parti politik) dengan gahnya mengelarkan parti mereka parti pelbagai kaum, kenapakah Hindraf, kumpulan ekstremis masyarakat India ingin menubuhkan sebuah parti baru. Adakah ini bermakna Pas, DAP dan PKR selama ini bermain wayang memperjuangkan masyarakat India?

Menurut koordinator Hindraf, R.S. Thanenthiran, parti Hindraf /Makkal Sakhti yang terbaru akan dikenali sebagai Kongres Makkal Sakhti. Sudah pastinya pemimpin Hindraf yang pengecut lagi dayus yang melarikan diri ke London sewaktu rakan-rakan dan sahabat-sahabatnya yang lain ditahan di Kemunting, P. Waythamoorty akan pulang ke Malaysia untuk menjadi ayam tambatan. Apakah perlu satu lagi parti politik untuk orang India? Tidak cukupkah dengan parti-parti India seperti MIC, PPP dan parti serpihan IPF untuk mewakili kaum India? Mungkin ini disebabkan MIC yang mempunyai seramai 750,000 ahli, lebih dari separuh populasi kaum India gagal mendapat mandat kaum India. Ini terbukti apabila sokongan masyarakat India di Bukit Gantang dan Bukit Selambau telah beralih arah dan kekalahan teruk mereka di dalam pilihanraya umum Mac 8, 2008.

Jadi adakah betul PKR memperjuangkan parti pelbagai kaum atau sekadar retorik pemimpinnya untuk terus berkuasa? Sekiranya Kongres Makkal Sakhti ini berjaya didaftarkan, bukankah Pakatan Haram telah meniru konsep Barisan Nasional yang mereka cerca selama ini. Kongres Makkal Sakhti = MIC, DAP = MCA, PKR = Gerakan dan Pas = UMNO. Bukankah ini dinamakan wal hasil balik asal?

Cucu Tok Selampit
Kota Kinabalu, Negeri Di Bawah Bayu
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates