April 18, 2009

0 Biarkan YB BABI Gila Meroyan Mabuk Kuasa

Beri Pakatan Rakyat kemenangan percuma. Tindakan ini bukan sahaja dapat menjimatkan dana pembayar cukai, masa dan juga tenaga tetapi ia adalah selaras dengan kenyataan Perdana Menteri DS Najib Razak. Begitulah kata Mantan Salah Guna Kuasa, Yang Berhormat Brother Anwar Bin Ibrahim (YB BABI) di dalam ceramah beliau di Penanti semalam. YB BABI mencabar DS Najib supaya jangan meletakkan calon Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Penanti yang bakal diadakan dalam tempoh 60 hari itu.

Ibarat menjilat ludahnya sendiri, beliau menyeru rakyat menolak taktik politik sedemikian kerana ianya membazirkan wang rakyat. Beliau berkata, kenyataan DS Najib itu sebenarnya adalah bertentangan dengan tindakannya yang mengatur konspirasi politik di Perak apabila dilantik menjadi Ketua Perhubungan Umno dan BN untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Haram di negeri itu.

Siapakah yang memulakan krisis di Perak? Siapakah yang terlebih dahulu memancing ahli parti lawan? Kalau benarpun DS Najib menumbangkan kerajaan Pakatan Haram di Perak, itu adalah kebijaksanaan beliau yang tidak menggunakan harta rakyat. Siapa yang meletak jawatan di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan kini di Penanti? Siapa? Kalau kamu bercakap dengan mengikut kau yang buta hati tu bolehlah lah kamu hendak kelentong. Cuba kamu suruh mereka makan najis, potong jari saya kalau mereka tidak makan.

Sekarang DS Najib telahpun menyahut cabaran kamu wahai YB BABI. Apa pula alasan kamu kali ini. DS Najib pengecut? Sudah-sudahlah politik murahan kamu wahai YB BABI. Hanya secara kebetulan Permatang Pauh, Kuala Terangganu, Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Penanti berada di bawah kawasan penduduknya yang buta tuli dan buta hati. Kamu belum lagi merasa bertanding di kubu kuat Barisan Nasional. Ini mungkin tidak berlaku kerana ahli-ahli BN tidak pengecut meninggalkan amanah rakyat seperti wakil-wakil rakyat di bawah telunjuk kamu.

Lihatlah statistik di atas. Sekurang-kurangnya sebanyak RM8.3 juta telah dibelanjakan di Permatang Pauh dan Bukit Selambau, wang yang telah dibuang ke parit disebabkan kerakusan kamu untuk mengekalkan kuasa. Untunglah DS Najib tidak melayan nafsu buas kamu untuk mengadakan pilihanraya kecil di Penanti. Pesanku wahai YB BABI, nikmatilah kekuasaan kamu yang sedikit ini yang masih ada sebelum kamu dipenjarakan sekali lagi kerana meliwat.

1 YB BABI Dicalonkan Sebagai 100 Tokoh Paling Berpengaruh Dunia 2009

Mantan Banduan Salah Guna Kuasa Yang Berhormat Brother Anwar Bin Ibrahim (YB BABI) telah dicalonkan sebagai antara 100 Tokoh Paling Berpengaruh Dunia 2009! Majalah antarabangsa Time sekali lagi mencalonkan orang nombor satu Pakatan Haram sebagai antara 100 orang tokoh paling berpengaruh dunia untuk tahun ini.

Sekiranya anda ingin memilih calon tokoh berpengaruh dunia untuk tahun 2009, anda boleh layari pautan ini. Marilah kita bersama-sama memberi undi yang tidak berbelah bagi bagi peliwat ini. Belum ada sejarah seorang gay, peliwat dan mantan banduan salah guna kuasa telah diiktiraf sebagai tokoh yang paling berpengaruh. Marilah kesemua rakyat Malaysia, kita iktiraf penamaan majalah Yahudi ini ke atas mantan banduan salah guna kuasa ini. Malaysia Boleh!

0 Speaker Perak Akan Diculik?

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Drs Khalis Idham Lim bimbang dengan keselamatan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak sejak perkembangan yang berlaku baru-baru ini. Jelasnya, beliau bimbang dengan keselamatan Speaker semenjak awal krisis berlaku dan telah melakukan satu laporan polis pada Februari lalu.

Sumber: Suara Keadilan.
Tidak habis-habis Suara Keadilan hendak menabur finah. Terdahulu Ahli Parlimen Kulim dan ADUN Bukit Selambau pernah diberitakan diculik oleh pihak kerajaan. Tup ... tup ... balik ke Malaysia dan disambut sebagai wira oleh penyokong-penyokongnya. Buat apa BN, CIA, FBI dan KGB hendak menculik India pemabuk tegar ni. Tak ada faedah. Dia sudah tidak mempunyai apa-apa kuasa lagi. Setiausaha Kerajaan Negeri sudah memanggil mesyuarat dengan diperkenan Sultan Perak. Beberapa hari lagi akan diadakan undi tidak percaya untuk meyingkirkannya di dalam mesyuarat DUN. Selepas ini bolehlah beliau menjadi Speaker Kerajaan Bawah Pokok seumur hidup. Diberitakan mempunyai samseng seramai 20 orang yang bertugas sepenuh masa sebagai pengawal peribadinya, masih takut diculik? Diculik buat apa? Pekasam?

April 16, 2009

2 Pilihanraya Kecil Dekat Penanti Pulak? Lagi dan Lagi Dan Lagi ...

Hari ini sah Mohammad Fairus Khairuddin, ADUN Penanti dan mantan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I, meletakkan jawatan. Seperti yang saya katakan sebelum ini, dengan keadaan kebebalan dan kebaghalan pengundi-pengundi sekarang, PKR dan de faktonya tidak perlu memikir dengan mendalam untuk meletakkan calonnya. Letaklah babi, kerbau dan lembu di Penanti. Pengundi-pengundi di Penanti pasti akan memangkah calon bintang-bintang itu.

Itulah sebabnya Brother Anwar bin Ibrahim buat pilihanraya kecil ini macam pesta untuknya untuk main-main. Sedarkah rakyat Malaysia yang masih leka dan alpa. Duit siapakah yang digunakan untuk kesemua pilihanraya kecil ini. Kalau selepas ini Brother Anwar bin Ibrahim ditakdirkan bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari di dalam bulan Julai ini, kita pastinya akan melihat satu lagi pilihanraya kecil. Tolonglah. Hentikanlah kerja gila si Brother Anwar bin Ibrahim ini. Cukup-cukuplah. Kenapalah bangang sangat penyokong-penyokong PKR ini. Bodoh yang tidak boleh diajar, pandai tidak boleh diikut!

1 Selamat Tinggal Speaker Salah Guna Kuasa Sivakumar

Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan penggantungan terhadap Menteri Besar BN Perak, Datuk Zambry Abd Kadir dan enam ahli exconya daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. Dalam keputusan sebulat suara itu, mahkamah memutuskan bahawa tindakan Speaker itu adalah terbatal tidak sah kerana Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Sekarang sudah sampai masanya Datuk Zambry mengadap Sultan Perak untuk memperkenan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri diadakan. Sidang yang dijangka diadakan selewat-lewatnya pada bulan hadapan bakal menyaksikan Speaker DAP yang gila meroyan dan salah guna kuasa digugurkan melalui undi tidak percaya oleh kesemua ADUN Barisan Nasional dan 3 ADUN Bebas yang menyokong. Selamat tinggal Sivakumar. Terima kasih di atas segala kacau bilau yang telah Engkau-Nizar-Nga-Ngeh timbulkan. Kata-kata terakhir saya - Cheakmate!

April 15, 2009

5 Eli Terima Lamaran Abang Khalid

Setelah 2 bulan Abang Khalid memberi cuti kepada buah hatinya, sudah sampai masanya Eli dipanggil bertugas oleh Abang Khalid. Eli yang malu-malu kucing, menerima lamaran Abang Khalid dengan hati dan paha terbuka.

"Jika ada bukti-bukti kukuh, kita tidak akan beragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya. Namun demikian pendirian ini juga harus diimbangi dengan prinsip menghormati hak peribadi seseorang. Dan kerajaan negeri amat serius mempertahankan hak ini," kata Abang Khalid. Dengar tu rakyat Selangor. Anda kini bebas mengunjungi pusat-pusat urut dan pelacuran selepas ini kerana kerajaan negeri akan menghormati hak-hak peribadi anda. Tak kan hendak menpertahankan hak buah hatinya saja, ye tak?

"Sepanjang hidup saya, inilah merupakan satu keputusan yang paling sukar yang perlu saya dan dengan penuh rasa rendah diri, saya menerima tawaran kerajaan Selangor untuk kekal memegang jawatan saya," sambut Eli menerima lamaran Abang Khalid. Ah, syahdunya. Mengalahkan filem hindustan Mohabbatein dan Kuch Kuch Hota Hai.

Sebagai menerima kembali jawatan exco pelancongan, pengguna dan alam sekitar Selangor, sudah pastinya lebih ramai pelancong akan melawat negeri Selangor, satu-satunya negeri di mana exconya menunjukkan anunya. Tentang sektor kepenggunaan pula, Eli tidak perlu bimbang, rakyat DUN Bukit teLanjang akan turut mempromosikannya. Sekiranya memerlukan lebih ramai gigolo sebagai hiburan di kala sunyi, mereka akan berusaha untuk mengadakan untuk YB yang dikasihi. Tiada siapa yang akan melarang. Bukankah Selangor mengamalkan konsep menghormati hak peribadi seseorang!

April 14, 2009

1 Ahh ... Anwar Ibrahim, Nak Pilih Satu Daripada Dua Pun Susah!

Kemaskini 15/04/2009:

Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini mengesahkan bahawa jawatan Timbalan I beliau akan hanya diumumkan apabila Anwar Ibrahim telah bersedia membuat pilihan dan dapat berfikir dengan rasional walaupun perkara ini tidaklah sesusah mana untuk dibuat keputusan. Umum mengetahui bahawa Anwar Ibrahim sedang merancang untuk mengadakan PRK untuk DUN Penanti bagi memastikan kroninya yang bakal memenangi DUN tersebut dilantik ke jawatan TKM I.

Posting Asal:

Sumber yang boleh dipercayai daripada kerajaan DAP di Pulau Pinang telah menghantar berita melalui e-mail kepada saya sebentar tadi. Berita yang dikhabarkan adalah Ketua Menteri, Lim Guan Eng bakal menangguhkan perlantikan Timbalan Ketua Menteri I esok. Ini adalah kerana pemimpin De Facto yang tidak berparti, Anwar Ibrahim masih lagi tidak dapat memutuskan di antara 2 calon iaitu Abdul Malil dan Maktar Shapee. Kandungan e-mail itu juga menjelaskan Anwar Ibrahim sekali lagi akan "chicken out" atau dengan pengecutnya cuba mengelak dan memberi seribu alasan untuk tidak mengumumkan kabinet bayangan Pakatan Haram yang diwar-warkannya sebelum ini. Apa yang baru tentang Anwar Ibrahim. Saya sudah lupa bilakah Anwar Ibrahim bila bercakap tidak berbohong!

Tidak ada apa yang baru mengenai berita di atas. Saya sudah menjangkakannya. Guan Eng sebagai Ketua Menteri tidak mampu memberi kata putus, siapakah orang kanan yang dikehendakinya. Inilah dikatakan pemerintahan bercorak CAT di Pulau Mutiara. Apa yang susah sangat hendak pilih satu daripada dua calon. Kalau perkara sebegini sekalipun begitu susah bagi Anwar Ibrahim hendak memilih, apakah jaminan beliau akan mentadbir negara dengan baik? Guan Eng pula telah menunjukkan belangnya yang sebenar. Beliau juga tidak mampu membuat keputusan. Kalau sebelum ini, beliaulah antara orang yang pertama mengkritik pakej ransangan yang lewat dilaksanakan. Bila kena batang hidung sendiri, apa macam? Nak pilih Timbalanpun terhegeh-hegeh.

DAP yang sebelum ini sibuk-sibuk melaungkan meritokrasi dan merit di dalam pentadbirannya, kenapa sibuk-sibuk hendak menghadkan Timbalan Ketua Menteri I kepada kaum Melayu. Ambil sajalah dari barisan ADUN India, Punjabi atau Cina yang berkelayakan dan berkebolehan. Bukankan ini yang sering DAP dan PKR laung-laungkan di dalam ceramah-ceramah mereka. Keadilan tanpa mengira kaum. Kenapa cakap tak serupa bikin? Senang-senang lambung saja duit siling. Kalau tidakpun biarlah rakyat Pulau Pinang yang memilihnya. Inikan negeri Ketuanan Rakyat!

April 13, 2009

4 Pas Buat Halal ... Orang Lain Buat Haram

Masih tergiang-giang di fikiran saya bagaimana Pemuda Pas begitu lantang membantah sebarang konsert yang diadakan oleh pelbagai pihak. Masih ingatkah kita bagaimana mereka menentang dan mengharamkan Konsert Jom Heboh anjuran TV3. Begitu juga dengan banyak lagi konsert-konsert yang diadakan sama ada untuk artis dari dalam atau dari luar negara. Yang terbaru adalah konsert Rihanna. Alasan yang diberikan adalah Islam tidak menggalakkan percampuran di antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dan Islam juga tidak menggalakkan hiburan yang melalaikan. Saya masih ingat bagaimana kunjungan saya ke negeri yang dikatakan Serambi Mekah, dua minggu lalu. Tiada pawagam atau panggung wayang. Soalan yang saya ajukan kepada salah seorang EXCO kerajaan negeri, beliau menyatakan bahawa pawagam atau panggung wayang masih tidak diwujudkan di Kelantan kerana masalah percampuran di antara lelaki dan wanita di dalam pawagam sehingga kini masih tiada jalan penyelesaiannya.

Saya amat terkejut apabila Kerajaan Negeri Kelantan baru-baru ini mengadakan Himpunan Belia sempena Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan yang dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, TG Nik Abdul Aziz. Majlis yang diadakan di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, antaranya menampilkan barisan penyanyi seperti Amy Search dan Ringgo dari kumpulan rock Arrow. Tiada pengasingan di antara lelaki dan perempuan yang berhimpit-himpit dan berasak-asak untuk melihat penyanyi kesayangan mereka iaitu Amy Search. Pemuda-pemuda Pas yang selama ini begitu lantang mempertikaikan majlis bercampur gaul di antara lelaki dan perempuan kini telah berubah sikap. Turut menyaksikan majlis yang penuh ceria itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS, Ahmad Yaacob, anggota exco kerajaan negeri Haji Abdul Fatah Mahmood, Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Wan Abdul Rahim Abdullah di samping beberapa orang pimpinan peringkat parti.

Adakah ini bermakna Pas kini telah dapat menerima konsert terbuka? Adakah Pas sudah mulai bersikap terbuka dan menerima pembaharuan semenjak rapat dan erat dengan DAP? Adakah dengan kehadiran Ketua Dewan Ulama Pas, majlis nyanyian yang menghimpunkan percampuran di antara lelaki dengan perempuan bukan muhrim menjadi halal. Adakah TG Nik Aziz "flip flop" dengan segala hukum hakam yang dikeluarkan olehnya? Saya bukannya seorang alim yang menyokong atau menentang penganjuran sesuatu konsert, tetapi pantang saya nombor satu ialah orang yang "flip flop", orang munafik lain di mulut lain di hati, orang yang lidah bercabang, orang lain buat salah dia buat boleh, orang lain buat haram dia buat dapat pahala. Itu yang menjadi pokok persoalannya!

2 YB BABI Dan Kabinet Bayangannya

Tahun 2008, Yang Berhormat Brother Anwar Bin Ibrahim (YB BABI), telah mengemparkan rakyat Malaysia dengan projek 16 Septembernya dengan membentuk kabinet bayangan ... dan beliau tidak mengotakannya. Mantan banduan salah guna kuasa ini sekali lagi setelah kegagalan usahanya untuk memujuk YDP Agong untuk tidak memperkenan DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6, telah menyatakan untuk mengemukakan kabinet bayangan terbarunya. Dan beliau berjanji akan mengumumkan hari Rabu ini. Kita tunggu dan lihat. Adakah kabinet bayangannya yang terbaru masih lagi sama seperti pada tahun 2008? Cumanya kali ini, beliau tidak menyatakan bilakah tarikh kabinet bayangannya akan berkuat kuasa. Sama ada pada tarikh kemerdekaan negara pada 31 Ogos atau tarikh pembentukan Malaysia pada 16 September. Saya merasakan beliau akan memilih tarikh 17 Oktober, Hari Deepavali kerana untuk memberi penghargaan kepada penyokong Hindraf yang selama ini setia bersamanya.

Sebagai Perdana Menteri Bayangan Negeri Di Bawah Pokok, beliau juga berkuasa penuh untuk melantik Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang yang akan diumumkannya pada hari Rabu ini. Ketua Menteri, Lim Guan Eng seperti juga badut mantan Menteri Besar Perak tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk menolaknya. Beliau terpaksa dan dipaksa menurut cakap ketua beliau yang tidak menganggotai mana-mana parti dari pertubuhan pakatan haram yang tidak berdaftar.

Mungkinkah juga sebagai Perdana Menteri Bayangan, beliau juga akan mengumumkan kekosongan kerusi-kerusi DUN Penanti dan Bukit teLanjang. Ini adalah kerana kerusi-kerusi berkenaan terpaksa dikosongkan akibat penyalahgunaan kuasa dan rasuah serta seks bebas dan foto ghairah yang telah dilakukan oleh Adun-Adun di bawah jagaannya. Perdana Menteri Bayangan juga tidak perlu risau untuk meletakkan mana-mana calon kerana kalau diletakkan seekor babi atau kerbau sekalipun, saya menjangkakan calon babi atau kerbau berkenaan akan menang. Ini adalah kerana rakyat Malaysia terutama dari kubu kuat Pakatan Haram telah dibutakan hati-hati mereka dari kebenaran walaupun wakil-wakil rakyat mereka adalah seorang pengamal rasuah, salahguna kuasa, seks bebas maupun peliwat. Hidup Malaysia, tanah airku.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates