March 28, 2009

0 Dua Negarawan Berganding Bahu Memberikan Pengiktirafan Kepada DS Najib

Tiada apa yang dapat diucapkan. Sebak. Terharu. Terlalu gembira. Upacara yang amat besar, satu sejarah telah tercipta di dalam majlis penggulungan dan penutup Persidangan Agung UMNO. Apabila 2 tokoh UMNO dan negarawan Tun Dr Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, mengenepikan perbezaan pendapat dan pendirian untuk bersama-sama memberikan sokongan padu kepada Presiden UMNO yang baru dan bakal Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Perhimpunan agung Umno kali ini merakamkan sejarah apabila Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berpelukan di atas pentas. Mereka berdua juga mengangkat tangan bersama-sama Datuk Seri Najib sebagai tanda sokongan padu kepada kepimpinan bakal Perdana Menteri keenam ini.

Ketepi Anwar bin Ibrahim dengan parti PKRnya, ketepi Lim Kit Siang dengan parti DAPnya dan ketepi TG Haji Hadi dengan parti Pasnya. UMNO telah kembali. UMNO bakal kembali dengan kekuatan baru untuk mengambil hati rakyat dan menyatukan kesemua ahli UMNO yang selama ini telah berpecah dan berpuak-puak. Satu mesej kepada parti pembangkang - UMNO telah kembali, UMNO akan menjadi kuat dan ampuh dan UMNO bersedia untuk melakukan reformasi. Saya percaya parti-parti pembangkang pasti akan gerun dengan kesatuan dan perpaduan baru yang tercapai di dalam hari yang bersejarah ini! Hidup UMNO!

March 27, 2009

0 Stop Executive Bonuses, Anybody?

We left out the article and posting on the politic for a moment. Let us focus on how to bring down these Malaysian Master Of Corrupter, Khairy Jamaluddin. See the latest info of KJ scandal of corruption by bigdogdotcom here and Another Brick On The Wall here.

For now, what is in my mind is this issue - Executive Bonuses. Yesterday, the former head of insurance giant AIG, Maurice Greenberg, lashed out at his old firm and said paying bonuses to executives from a failed division did not make sense. AIG company has been vilified by politicians and analysts after it was revealed it was still paying bonuses worth around USD165 million despite the huge cash injections by Washington to keep it from collapsing.

Previously, France is going to introduce a law to limit executive bonuses in the form of stock options or shares because businesses have failed to accept a voluntary accord. Even the employers federation MEDEF has resisted a demand by President Nicolas Sarcozy to introduce a general code of conduct to regulate executive pay. Sarcozy added that bosses should not be able to aise their bonuses unless those of the other employees were also increased.

In Malaysian context, for company that making losses or small scale of profit in the 2008/09, they should avoided in paying huge bonuses to their executive management. It doesn't make sense why you pay them a bonus to make up the losses that they had in their capital account. I have once witnessed a bank's CEO has been paid a golden handshake of RM2 million for his annual bonus. If the small bank has been paid RM2 million for its CEO bonus, what about big banks such as Maybank, CIMB and etc. What about other corporate companies and their top managements? Puncak Niaga CEO salary, for example. Ring a bell anybody? Why the low class workers and middle class executives always get a small portion of the cakes everytime and all the times.

6 A Donkey From Bachok

Bachok delegate Mohd Zain Yasim said Khairy, who is Rembau MP, was elected as Umno Youth head because the delegates could see his capability. He said although many party members, including the grassroots, were against Khairy’s victory, he was convinced that the protest would end when Khairy could prove his capability in discharging the responsibility entrusted to him.

“As delegates, we know how to select the best leader for all of us. What we see is the strength that he has and his sincerity,” he said when debating the presidential policy speech at the Umno general assembly 2008 on Friday.

Source - The Star.

One donkey has been identified. Another 303 donkeys are in the midst to be made known to the public. See how these donkeys transform to be the rich and famous in the near future. However, the beauty of the Supreme Council Race is that all Pak Lah cronies have been phased out except Khairy "The Corrupter" Jamaluddin and "Mat Rempit" Head, Azeeeeeez Putra UMNO.

Next Umno elections in 2012: 1 member = 1 vote.

1 Tahniah Datuk Shahrir Samad!

Tindakan Datuk Shahrir Samad mengumumkan semalam bahawa beliau akan melepaskan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna selepas gagal mempertahankan jawatan ahli Majlis Tertinggi UMNO, amat saya kagumi dan hormati. Tindakan "anak jantan"nya wajar diambil contoh oleh Menteri-Menteri Kabinet yang lain seperti DS Muhammad Mohd Taib dan DS Azalina Othman. Bersama-sama Mat Tyson dan Azalina, turut tewas pada pemilihan MT semalam termasuk 3 timbalan menteri dan 4 menteri besar. 3 timbalan menteri berkenaan adalah Timbalan Meneri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hassan Malek dan Datuk Johari Ibrahim. Manakala 4 Menteri Besar yang tewas pula masing-masing dari Johor, Pahang, Negeri Sembilan dan Perlis.

Bagi saya, seharusnya menteri dan timbalan menteri yang gagal mempertahankan jawatan parti meletakkan jawatan mereka pada tarikh peralihan kuasa di antara Perdana Menteri Membilang Hari Persaraan, Pak Lah dan Timbalannya, DS Najib. Kegagalan mereka mempertahankan jawatan memberikan isyarat bahawa parti tidak menerima prestasi mereka sebagai wakil UMNO di dalam kerajaan. Janganlah menyusahkan DS Najib untuk membuat keputusan meminggirkan mereka dari barisan kabinetnya.

2 Terrapuri, Kampung Mangkuk, Setiu, Terangganu

Kita tinggalkan sebentar cerita-cerita mengenai ahli-ahli politik kita buat sementara waktu. Semalam saya berkesempatan melawat kilang-kilang dan projek-projek yang dibiayai oleh syarikat tempat saya bekerja di sekitar Terangganu. Salah satu projek yang bagi saya amat menakjubkan dan menarik adalah projek penempatan "resort" bertemakan perkampungan Melayu. Projek yang dinamakan Terrapuri ini terletak di Kampung Mangkuk, Daerah Setiu, Negeri Terangganu. Projek ini dijalankan sepenuhnya oleh anak tempatan dari Marang, Mr Alex Lee. Mr Alex Lee adalah pemilik Ping Anchorage, sebuah agensi "Travel & Tours" antara yang terbesar di Terangganu.

Terletak di kawasan pantai yang cantik dan belum terusik. Projek perkampungan "resort" dilakukan dengan begitu teliti oleh pakar-pakar kayu dari Terangganu. Kayu-kayu dipilih khas, tiada sebatang paku digunakan melainkan dipasak secara tradisional. Berada di sana seolah-olah berada di dalam perkampungan Melayu lama. Projek berkenaan baru 70% dalam pembinaan tetapi scenario pemandangan amat indah sekali. Saya begitu yakin bahawa projek "resot ini akan mendapat sambutan yang hangat daripada masyarakat setempat dan pelancong asing. Tahniah buat anak tempatan dari Marang, Mr Alex Lee! Artikel-artikel berkaitan di sini dan di sini.

Cucu Tok Selampit,
Kota Bharu, Kelantan.

March 26, 2009

2 Gadingan Mantap Yang Pernah Dilahirkan!

Tahniah DS Muhyiddin, tahniah DS Zahid Hamidi, Tahniah DS Hishamuddin, Tahniah Datuk Shafie Afdal dan tahniah buat kesemua ahli majlis tertinggi UMNO yang baru dipilih. Kecuali 304 keldai di dalam perwakilan Pemuda UMNO, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih ke atas kesemua perwakilan kerana menjalankan amanah Allah untuk memilih pemimpin terbaik kesayangan rakyat. Betul kata Karpal "King" Singh, "Pemuda UMNO Celaka!"

Diharap mereka yang terpilih akan berkerja bersungguh-sungguh untuk memajukan dan memakmurkan bumi Malaysia yang tercinta. Kecuali seekor berok yang berjaya memenangi kerusinya dengan cara yang terkotor, boleh dikatakan barisan kepimpinan UMNO hari ini adalah yang terbaik dan mantap. Terima kasih mantan Perdana Menteri, Pak lah. Anda tidak diperlukan lagi. Anda boleh berehat dan tidur sepuas-puasnya. Diharap kesemua anggota majlis tertinggi dapat mengawal pergerakan seekor berok yang bakal menconteng arang ke muka UMNO, sekiranya tidak dikawal sepenuhnya. Akhir kalam, sangkaanku meleset sekali. Tiada talqin untuk UMNO. Malah UMNO telah dilahirkan semula dan bakal menjadi insan yang kuat dan berhati waja!

3 Mat Tyson Akan Memenangi Timbalan Presiden UMNO!

UMNO sudah parah. Politik wang mengatasi maruah bangsa. Perdulikan nasib bangsa. Perdulikan nasib parti keramat, UMNO. Asalkan poket aku penuh, asalkan projek-projek selepas ini berada di tangan aku, persetankan maruah Melayu!

Muhammad Mat Taib sudah tersenyum lebar. Perwakilan UMNO boleh dibeli, maruah perwakilan UMNO diletakkan di depan pintu besar PWTC. Perwakilan UMNO sudah tidak mempunyai maruah lagi. Perasuah bermaharaja lela. Perasuah menjadi ketua. Saya amat yakin sekali, jika seorang perasuah seperti Khairy Jamaluddin boleh memenangi kerusi Ketua Pemuda UMNO, Muhammad Mat Taib a.k.a Mat Tyson tidak ada masalah untuk memenangi kerusi Timbalan Presiden UMNO. Saya pertaruhkan kesemua duit saya untuk beliau. Selamat maju jaya UMNO. Talqin Untuk UMNO.

10 Terima Kasih Keldai-Keldai Pemuda UMNO!


Tahniah kepada Saudara (Datuk ... Tan Sri ... Tun selepas ini?) Khairy Jamaluddin, menantu kepada Perdana Menteri yang membilang hari persaraan, kerana walaupun dirimu merupakan seorang perasuah, kamu tetap menjadi pilihan 304 keldai-keldai bodoh.

Terima kasih kepada 304 keldai-keldai bodoh yang berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangkan seorang perasuah. Jasa anda semua akan dikenang sekiranya UMNO dikuburkan selepas ini. Sesungguhnya jasa 304 keldai-keldai ini telah memanjangkan hayat parti-parti Pakatan Haram. Semoga wang haram yang kamu semua terima sebelum ini berbaloi untuk menggadai maruah bangsa Melayu.

Tahniah sekali lagi Saudara Khairy Jamaluddin. Lupakan sahaja saranan DS Najib untuk berubah. UMNO tidak akan berubah. Pemimpin Pemuda UMNO seorang perasuah ... disokong pula oleh keldai-keldai baghal. Alangkah malangnya ...


March 25, 2009

0 Retrenched Workers Are In Higher Demand Now

Recently the government provided a real boost for retrenched workers in its 2nd stimulus package announcement It announced that companies who employ workers retrenched from 1 July 2008 be given double tax deduction on the amount of remuneration paid. This allows companies to enjoy big tax savings by employing retrenched workers.

How does it work?

If an employer recruits a retrenched worker from another company and pays a salary of RM24,000 a year. Normally, tax deduction to the employer is RM24,000 from taxable profit. However, with this measure, the company is allowed to deduct RM48,000 from profit, that is, at double the salary. This represents an additional tax reduction for the company of RM6,000 or 25% from RM24,000.

If you are in this situation, now is the best time to get that interview because companies are much more likely to hire a retrenched worker because of this government incentive!

March 24, 2009

2 Hidup DS Najib!

Saya memang ternanti-nanti ucapan terakhir DS Najib sebagai Timbalan Presiden UMNO seterusnya merasmikan persidangan bersama terakhir Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO. Saya turut merasa yakin bahawa pemimpin Barisan Pembangkang juga tidak sabar menunggu ucapan Bakal Presiden UMNO dan juga bakal Perdana Menteri Malaysia Ke 6. Tidak payah cuba untuk menafikan. Pemimpin-pemimpin pembangkang amat takut kepada DS Najib. Sehingga ke saat ini, tidak habis-habis usaha untuk memburukkan Timbalan Perdana Menteri dengan menggunakan balaci-balaci upahan yang diupah sama ada dari dalam negeri seperti Raja Petra Kamaruddin dan Hishamuddin Rais atau daripada luar negeri, rakan Gay Brother Anwar Bin Ibrahim, Arnaud Dubus yang menulis di majalah Liberation.

Satu perkara penting yang amat menarik perhatian saya apabila DS Najib mengusulkan supaya perubahan dilakukan oleh UMNO di dalam pemilihan pemimpin melalui sistem kuota. Beliau menegaskan adalah sewajarnya hak untuk memilih pemimpin diserahkan kepada lebih ramai ahli. Seperti katanya, pemilihan yang dilakukan oleh 2,600 perwakilan daripada 191 bahagian sudah pastinya tidak mencerminkan kehendak lebih daripada 3 juta ahli UMNO dari akar umbi. Sudah sampai masanya Perlembagaan UMNO dikaji semula agar pemilihan pemimpin UMNO dilakukan melibatkan lebih ramai ahli UMNO dari semua peringkat. Ini secara langsung akan menghilangkan masalah rasuah, politik wang dan penyalahgunaan kuasa. Dengan ini UMNO akan menjadi lebih kuat dan mantap. Saya melihat kemurungan di wajah Khairy Jamaluddin dan pengikut-pengikutnya. Alhamdulillah, selepas ini Khairy Jamaluddin tidak akan didakwa lagi kerana melanggar peraturan parti!

Ucapan penuh DS Najib Di Sini. Hidup DS Najib!

5 Usaha Desperado Untuk Menjatuhkan Dato' Mukhriz

Dato' Mukhriz Tun Mahathir, calon Ketua Pemuda UMNO juga adalah merupakan Pengerusi / Pengarah Urusan Opcom Holdings Berhad yang terletak di kawasan perindustrian Seksyen 15, Shah Alam. Saya diberitahu oleh seorang Pengurus yang enggan namanya disiarkan, pada minggu lepas, suatu serbuan telah dilakukan ke atas kilang berkenaan oleh Jabatan Imigresen pada waktu semua orang sedang nyenyak dibuai mimpi.

Serbuan yang dilakukan ke atas kilang yang beroperasi 24 jam itu dilakukan pada waktu 1.00 ke 2.00 pagi bertujuan untuk menangkap Pendatang Tanpa Izin (PATI). Semua pekerja shif pada pagi itu telah dipanggil keluar, operasi kilang diberhentikan, semua pekerja diarah untuk duduk "bertimpuh" seperti warga asing atau penjenayah. Sayangnya operasi pada pagi itu tidak berhasil kerana kebanyakan pekerja Opcom terdiri daripada pekerja tempatan dan tiada PATI diambil bekerja.

Siapakah yang membuat laporan palsu ini? Siapakah yang berkuasa untuk mengarahkan Jabatan Imigresen untuk membuat serbuan ini? Adakah ini suatu cara untuk menjatuhkan Dato' Mukhriz? Kenapakah hanya kilang Opcom sahaja yang terlibat, sedangkan kilang-kilang lain berdekatan tiada operasi PATI yang dijalankan? Adakah ini angkara menantu Pak Lah yang tidak puas hati dengan rekod bersih Dato' Mukriz?

4 Hang Pi Buat Ceramah Bukit Selambau Kat Sungai Petani Buat Apa?

Yang nak bertanding kat Bukit Selambau. Bukit Selambau bukan dalam kawasan Parlimen Sungai Petani. Yang hang pi buat ceramah kat Taman Ria, Sungai Petani ni siapa suruh? Hang buat pula kat kawasan pasar malam. Saja nak ambil kesempatan dengan keadaan orang ramai yang berurusan menjual beli dengan peniaga-peniaga di situ. Teruk la hang ni Brother Anwar Bin Ibrahim. Awat pengundi-pengundi kat Sungai Petani nak undi calon hang ka? Depa tak ada kena mengena. Awat yang hang dok buat kacau kat kawasan Sungai Petani.

Dah la tak ada permit. La ni bukan masa berkempen. Kami tau la bagi hang 24 jam masa hang dok berkempen sahaja. Buat keja tidak. Polis suruh bersurai hangpa ketegaq. Polis ambil tindakan hangpa kata zalim. Hangpa tu yang zalim. Hangpa tau tak, kawan aku kat Taman Ria kata penduduk-penduduk kat situ marah kat hangpa kerana menganggu ketenteraman awam kat tempat mereka. Bukan mereka yang nak pi undi. Awat yang hang tak dak teloq buat ceramah kat Bukit Selambau. Hang takut kena baling dengan teloq busuk dengan pemimpin Hindraf kat Bukit Selambau ka? Hang ni betul-betul menyusahkan orang la Brother Anwar Bin Ibrahim. Hang dilahirkan memang untuk menyusahkan orang. Kecik-kecik tak mau mampus, lepas besar menyusahkan orang!

March 23, 2009

18 YB BABI Ketandusan Calon Di Batang Ai

Bertempat di Hotel Grand Continental, Kuching Yang Berhormat Brother Anwar Bin Ibrahim (YB BABI) telah mengumumkan Jawah Gerang sebagai calon Pakatan Haram dari Parti Keadilan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Batang Ai, 7 April ini. Jawah yang sebelum ini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Lubok Antu selama lima penggal telah dipilih untuk mengggalas harapan PKR untuk memenangi kerusi Batang Ai.

Jelas sekali YB BABI sudah ketandusan calon untuk bertanding. Tidak seperti sebelumnya sewaktu YB BABI mengumumkan calon Bukit Selambau, beliau memaklumkan S Manikumar dipilih kerana PKR memerlukan barisan kepimpinan muda dengan idea-idea yang baru untuk membawa "Angin Perubahan" bagi membantu dan berkhidmat kepada pengundi-pengundi. Lain pula ceritanya di Batang Ai, Sarawak. Kenapa memilih untuk bergerak ke belakang dengan memilih calon kitaran (recycle candidate) yang telah ditolak oleh Parti Rakyat Sarawak. Sudah tidak ada calon yang berkaliber lain ke YB? "Angin Perubahan" apakah yang mampu dibawa oleh Jawah? Sudah 5 penggal berkhidmat, cukup-cukuplah tu. Takkan hendak jadi wakil rakyat macam TG Nik Aziz sampai mati? Berilah peluang kepada generasi muda untuk berkhidmat.

March 22, 2009

1 Pening ... Pening ...

Ketua PKR Pulau Pinang, Zahrain Mohamed Hashim dengan muka selamba berbohong mengatakan Mohammad Fairuz Khairuddin, Timbalan Ketua Menteri I, meletakkan jawatan kerana hendak menyambung pelajaran ke peringkat sarjana walaupun Mohammad Fairuz sudah mempunyai 2 sarjana.

Ketua Umum Parti Kelentong Rakyat (PKR) yang tidak berparti, Yang Berhormat Brother Anwar Bin Ibrahim (YB BABI) tidak mahu mengalah dengan mengatakan Mohammad Fairuz sudah mendapat dua tiga tawaran tetapi belum membuat pilihan untuk memilih yang mana satu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula hari ini pula berkata biarlah Penasihat PKR yang tidak berparti itu yang menjelaskan dakwaan tentang konspirasi dalaman parti itu sehingga menyebabkan Mohammad Fairus meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang. Beliau tidak mahu menjelaskan perkara ini kerana ia melibatkan perkara dalaman PKR. KONSPIRASI? Sejak bilakah pula ada konpirasi? Bukankah Mohammad Fairuz hendak melanjutkan pelajaran?

Tuan punya diri belum membuat kenyataan. Akhbar-akhbar hari ini melaporkan Mohammad Fairus mendakwa menjadi mangsa konspirasi dalaman parti. Betullah kata bidalan Melayu, bangkai gajah kalau ditutup akan berbau juga.

Pening ... Pening ... Baru setahun memerintah sudah penuh dengan kontroversi. Ada masakah puak-puak ini hendak membuat kerja membantu rakyat Pulau Pinang? Guan Eng ini pun satu. Mohammad Fairuz kan timbalannya. Tidak bolehkah beliau sahaja yang membuat keputusan. Kenapa membiarkan dirinya dicucuk hidung oleh Penasihat PKR yang bukan ahli PKR, YB BABI. Bukankan ini melibatkan pemerintahan sesebuah kerajaan negeri. Kata Guan Eng nak ikut pemerintahan Umar Al Khatab. Khalifah Umar tidak pengecut seperti Guan Eng. Lebih baik beliau berundur sebagai Ketua Menteri dan biarkan sahaja YB BABI memerintah Pulau Pinang. Banyak sangatlah boneka-boneka atau "puppet" dalam pemerintahan Pakatan Haram! Pening ... Pening ...
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates