November 19, 2017

3 Cina Rasis DAP @NgaKorMing Biadap Panggil MB Perak Melayu Pukimak



Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming semakin hari semakin biadap menghina orang-orang Melayu. Di dalam pentas ceramah beliau di Kampung Simee pada 16/11/2017, beliau dengan lantang memanggil Menteri Besar Perak, DS Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Melayu Pukimak. Tonton video di atas.

Ini berikutan kononnya pemberian anugerah The BrandLaureate Nation Building Brand ICON Leadership Award-Game Changer Icon yang diberikan kepada Zambry pada Ogos lalu, dibayar oleh MB Inc.

The BrandLaureate Sdn Bhd (BrandLaureate) menyifatkan tuduhan bahawa DS Dr Zambry membuat pembayaran untuk mendapatkan anugerah daripada organisasi itu sebagai fitnah dan suatu bentuk penghinaan.
Malah, Presiden BrandLaureate, Dr KK Johan, pernah menuntut Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Negeri Perak, Asmuni Awi yang membuat tuduhan yang sama bulan lepas, agar memohon maaf kepada organisasi berkenaan atau dikenakan tindakan undang-undang.
Sewajarnya tindakan undang-undang juga dikenakan ke atas manusia rasis bernama Nga Kor Ming. Tidak pasti kenapa Nga Kor Ming begitu kebal dari dikenakan tindakan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM). Lihatlah fitnah-fitnah di bawah yang terlepas dari pengadilan.





November 18, 2017

12 Bersyukurlah KPT Mahu Berikan @SyedSaddiq Publisiti Percuma


Kita fikir positif sajalah. Mungkin tiada lagi calon remaja atau belia yang layak dioanggil oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menjadi ahli panel membincangkan masa depan penuntut pengajian tinggi.

Mungkin latar belakang ahli panel ini, Syed Sajat Saddiq memenuhi kriteria yang KPT kehendaki. Pertama, orang yang menolak untuk menyambung pelajaran di peringkat Sarjana di Oxford University kononnya untuk menyelamatkan Malaysia. 

Kedua, anak muda yang terkenal kaki clubbing semasa di UIAM. Ketiga, anak muda yang sehari dua ini menjadi hangat kerana membincangkan seks bebas. Keempat, anak muda parti pembangkang yang partinya dalam keadaan akan diharamkan.

Ini bukan posting politik. Ini bukan 'friendly fire'. Ini sekadar luahan perasaan orang yang gagal memgenalpasti kenapa Syed Sajat Saddiq diambil menjadi ikon KPT.

November 17, 2017

51 DS @NajibRazak Melawat DS @AnwarIbrahim Di Hospital



Katalah apa sahaja. Saya amat suka gambar ini. Dari laman sosial Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak telah meluangkan masa beliau untuk melawat DS Anwar Ibrahim di hospital.

Ini politik matang. Ini politik yang harus dicontohi. Biar gambar berbicara. Benarlah kata orang, di dalam politik, kawan tidak selamanya menjadi kawan dan musuh tidak selamanya akan bergaduh. Biar masa menemtukannya.

39 Kelab Che Det Mendedahkan Harga Minyak Di Thailand Lebih Murah Dari Malaysia



Semalam, Kelab Che Det telah menyiarkan beberapa gambar pemergian 'self proclaimed Top Dog' Pakatan Harapan ke Thailand untuk satu seminar. Tujuan gambar-gambar berkenaan dimuat naikkan untuk menunjukkan layanan istimewa yang diterima oleh Mantan 22 tahun Perdana Menteri itu.

Walau bagaimanapun, salah satu daripada gambar tersebut menunjukkan harga minyak terkini semalam yang dikenakan di Thailand. Kebetulan, penyokong-penyokong ProTun pula sedang menyalak di media-media sosial tentang kenaikan harga minyak pada tengah malam Rabu.

Harga minyak di Thailand yang sama piawai dengan RON95 di Malaysia berharga TBT28.15 berdasarkan gambar pertama di atas. Jika ditukarkan kepada kadar tukaran wang asing semalam, harga yang dikenakan mengikut RM adalah RM3.56. Harga RON95 semalam adalah RM2.38 iaitu perbezaan sebanyak RM1.18.

Mungkin macai-macai ProTun boleh berhijrah ke Thailand untuk menikmati harga minyak yang lebih murah.

November 16, 2017

27 Pembangkang Betul Apabila Berkata Malaysia Akan Muflis, Lihat Bukti Ini


Ketua AMK PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga EXCO Selangor di dalam kenyataan beliau di laman sosial Twitter pada 31/10/2017 membayangkan ekonomi Malaysia berada di dalam keadaan yang teruk apabila 5 Cawangan Giant telah ditutup. 

Kenyataan Nik Nazmi ini tidak mengejutkan kerana majoriti pemimpin pembangkang berkata ekonomi Malaysia berada di dalam keadaan yang teruk. Malah lebih teruk lagi apabila ada yang mengandaikan Malaysia akan bangkrap dalam masa terdekat.

Di bawah adalah beberapa gambar yang telah dimuat naik oleh netizen. Kejadian berlaku di Malaysia. Rakyat Malaysia beratur sejak dari pagi bukan kerana hendak mendapatkan makanan percuma akibat kesempitan hidup. Sebaliknya mereka beratur untuk masuk membeli belah di IKEA yang baru dibuka di Tebrau, Johor. Untuk rekod, IKEA ini merupakan yang terbesar di Asia Tenggara.

Ekonomi Malaysia sedang nazak, kata pembangkang. Malaysia di ambang muflis. DS Najib Tun Razak zalim kerana membiarkan Rakyat beratur di tengah panas. Kata pembangkang la. Kalau Pasaraya Giant ditutup dikatakan bukti negara bangrap, kalau beratur panjang hendak masuk IKEA nak kata apa pulak? Kebuluran? Jangan pula ada yang membuat komen, ini bukan Malaysia. Ini negara Johor. Matilah nak!










November 15, 2017

23 Bukti DS @MahdzirKhalid Takut Redah Banjir


Kalau tidak memfitnah bukan pembangkang namanya. Pembangkang sejak dua hari lepas menyebarkan gambar Menteri Pelajaran, DS Mahdzir Khalid yang berjalan di atas meja yang disusun di sebuah sekolah di Seberang Prai Utara, kononnya kerana takut meredah air banjir dan takut kasutnya basah. Perbuatan beliau turut dibandingkan dengan gambar pembesar dan kenamaan lain yang sedang meredah banjir.


Apa yang berlaku sebenarnya adalah initiatif guru-guru di sekolah berkenaan yang menyusun meja-meja untuk kemudahan pelajar-pelajar ke dewan peperiksaan bagi mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Meja berkenaan yang disusun di pekarangan sekolah itu turut digunakan guru dan pelajar ketika mereka dipindahkan dari pengangkutan ke dewan peperiksaan.

Meja tersebut sudah disusun apabila berlaku banjir sehingga paras paha di sekolah itu untuk pelajar dan guru berjalan ketika dipindahkan oleh kenderaan ke dewan masing-masing. Meja tersebut bukan disediakan khas untuk DS Mahdzir Khalid ketika lawatan itu. Malah, lawatan tersebut juga tiada dalam jadual DS Mahdzir Khalid kerana kebetulan berada di Pulau Pinang, beliau menyatakan hasrat untuk melawat calon yang menduduki peperiksaan SPM di sekolah berkenaan.




Untuk memuaskan hati macai-macai pembangkang, CTS sertakan video di bawah yang mana Menteri Pelajaran dengan selamba meredah banjir semasa lawatan beliau ke sekolah-sekolah.

4 Untuk Saudara Lim Swee Bok, Semoga Saudara Tabah Dengan Dugaan Yang Melanda cc. DS @LiowTiongLai Dr @WeeKaSiong




CTS ingin merakamkan takziah ke atas Ketua Pemuda MCA Bahagian Tanjung, Lim Swee Bok yang telah kehilangan ibu, isteri dan dua anak di dalam kebakaran yang di rumah berkembar dua tingkat di Pintasan Cecil 5, Pangkalan Weld di Georgetown. Ketika kejadian pada pukul 5.00 pagi, Swee Bok masih bekerja shif di kilang.

Swee Bok baru sahaja kehilangan bapa beliau minggu lepas yang meninggal dunia. Namun, hero yang tidak didendang ini tidak mematahkan semangat beliau untuk turun membantu mengedarkan keperluan kepada mangsa-mangsa banjir di Pulau Pinang. Hari ini, hero yang tidak didendang ini telah kehilangan keseluruhan keluarga beliau. Mereka ialah isterinya yang berusia 35 tahun dan anak lelaki serta perempuan masing-masing berusia 10 dan 8 tahun serta ibunya berusia 62 tahun.

Swee Bok tidak dapat menahan kesedihan ketika tiba di rumahnya pagi tadi ketika kerja-kerja memadam kebakaran dilakukan sehingga terpaksa ditenangkan beberapa jirannya. Tiada kata yang dapat diucapkan untuk merakamkan ucapan takziah. Semoga Tuan tabah menghadapi hari-hari yang mendatang.



November 14, 2017

12 Perkara Pelik Bila 59 MP Pakatan Harapan Tolak #Bajet2018


Bajet 2018 diluluskan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat semalam dengan undian 107 daripada 222 anggota parlimen menyokong. 
Sebanyak 59 anggota parlimen menentang Rang Undang-Undang Perbekalan 2018, sementara 11 berkecuali. Agak pelik apabila 59 Ahli Parlimen Pakatan Harapan menolak Bajet 2018 berkenaan kerana:
Pertama, Ahli Parlimen Pulau Pinang menolak Bajet 2018 sedangkan pada 05/11/2018 yang lalu, kita dapat melihat bagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang teresak-esak meminta bantuan Timbalan Perdana Menteri untuk menghantar tentera membantu mangsa-mangsa banjir. 

Pesoalannya, sekiranya Bajet 2018 tidak diluluskan, bagaimana Kerajaan hendak membayar gaji kakitangan awam termasuk anggota tentera yang Joseph Lim Guan Eng minta tolong?

Kedua, sewaktu pembentangan Bajet 2018, riuh rendah pemimpin Pakatan Harapan menuduh Kerajaan Pusat telah meniru dan menciplak bajet yang telah mereka bentangkan sebelum ini. Apabila undian Bajet 2018 dilakukan, mereka tolak pula.

Persoalannya, bukankah sepatutnya Ahli Parlimen Pakatan Harapan menyokong dan menerima baik bajet yang dibentangkan oleh Kerajaan Pusat? Sendiri punya idea bajet (kononnya) pun hendak tolak ka? 

Ketiga, apabila Bajet 2018 diumumkan oleh Perdana Menteri, Joseph Lim Guan Eng sangat gembira kerana ada peruntukkan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Pulau Pinang. Joseph Lim Guan Eng berkata beliau sudah lama menunggu untuk projek ini. Baca di sini

Namun, apabila undi untuk luluskan Bajet 2018 di parlimen, semua ahli parlimen Pakatan mengundi untuk menolak Bajet 2018. Gilakah mereka ini?

Menjadi pembangkang di Malaysia syarat utama mesti membangkang dengan bodoh dan membuta tuli. Begitulah krisis mental yang kronik dan serius yang dialami oleh pemimpin pembangkang di Malaysia.

22 Ketua Armada Parti Bunga @SyedSaddiq Anjur Seks Bebas?


Pakatan Harapan sekarang semakin rosak. Belum lagi reda isu Pesta Octoberfest yang disokong kuat oleh mereka, Ketua Pemuda salah satu parti di dalam Pakatan Harapan telah mengeluarkan kenyataan berani dengan menggalakkan seks bebas. Malang sekali, idea berdasarkan fikiran logik yang tidak menggunakan landasan Agama ini diucapkan oleh orang Islam sendiri.

Bergembiralah para pemuda dan pemudi Pakatan Harapan. Bayangkan sekiranya Pakatan Harapan memerintah. Anda dibenarkan dan diwajarkan berzina, asalkan jangan mengandung. Inilah ajaran agama Pakatan Harapan. Jadi, apa tunggu lagi, Selangor dan Pulau Pinang bolehlah menganjurkan pula pesta zina.

Syed Sajat Saddiq yang sebelum ini terkenal sebagai kaki 'clubbing' semasa zaman beliau menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kini cuba menjadi 'role model' anak muda sebagai Cikgu Seks? Jadi, patutlah dakwaan berat yang ditujukan kepada Syed Sajat Saddiq mengenai beliau tinggal sebilik di Paris bersama anak Menteri Besar Selangor masih belum dijawab. Dakwaan tinggal sebilik dengan bukan muhrim ini amat berat. Kenapa Syed Sajat Saddiq tidak mahu menafikan, kalau betul ianya fitnah?


November 13, 2017

26 Bila POTUS @realDonaldTrump Puji @NajibRazak, Fitnah Pembangkang Automatik Dibakul Sampahkan






Presiden Amerika Syarikat (POTUS), Donald Trump hari ini memuji usaha Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak yang melakukan tugasan cemerlang sebagai koordinator dialog ASEAN - Amerika Syarikat. 

Presiden Trump menzahirkan penghargaan itu melalui ucapannya pada Sidang Kemuncak ke-5 ASEAN - Amerika Syarikat yang juga memperingati ulang tahun ke-40 hubungan negara-negara blok itu dengan Amerika. 

Pujian ini secara langsung telah membakul sampahkan fitnah pembangkang melalui video yang diviralkan di media-media sosial. Di dalam video berkenaan, kononnya Donald Trump telah tidak memperdulikan DS Najib Tun Razak dan isteri yang lalu di belakangnya, semasa majlis makan malam.


Pembangkang juga amat terdesak untuk membuat fitnah sehinggakan di dalam video berkenaan, cara DS Rosmah Mansor bernafas pun turut menjadi celaan dan bahan kritikan.

'To rub salt into the wound' seperti kata peribahasa English, CTS hadiahkan 'screen shot' daripada laman sosial Perdana Menteri, yang mengikut kata pembangkang, Donald Trump memboikot DS Najib Tun Razak. Semoga macai dapat tidur malam ini.

11 Kenapalah Pulau Pinang Ada ADUN Yang Bodoh Seperti SN Rayer?

Di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini, ADUN Seri Delima SN  Rayer ketika mencelah EXCO Pertanian, Dr Afif Bahardin menjawab tentang harga durian, berkata,
Rakyat Pulau Pinang tidak dapat memakan buah durian sebab harga mahal setelah dikenakan GST.
Otak pemimpin pembangkang telah diindokrinasikan dengan GST sehingga segala permasalahan harga barang dikaitkan dengan GST. Sejak bila peniaga-peniaga durian di Pulau Pinang dikenakan GST? Kedua, durian bukanlah barangan yang dikenakan GST.

EXCO Pertanian pula ketika menjawab soalan "Bagaimana Kerajaan Negeri boleh mengawal harga durian di Pulau Pinang menjawab,
Harga durian tidak tertakluk di bawah harga kawalan, tetapi harganya mengikut harga pasaran dan Kerajaan Negeri tidak mengawalnya.
Apa yang kita boleh pelajari di sini adalah bagaimana Rejim DAP Pulau Pinang mengaku yang mereka sendiri tidak mampu mengawal harga barang. Kalau harga durian pun Timbalan Ketua MMK PKR ini tidak boleh kawal, bagaimana Pakatan Harapan boleh berjanji sekiranya mereka memerintah, kos sara hidup akan turun dan harga barangan akan turun?

Sebagai penutup, kita lihat apa cadangan daripada ADUN Seri Delima seperti di bawah:


Adakah durian merupakan keutamaan kepada penduduk di Pulau Pinang hari ini? Adakah harga durian merupakan masalah terbesar Rakyat Pulau Pinang sehingga dibincangkan di DUN? Kenapa tidak dicadangkan kad diskaun untuk pembeli-pembeli rumah yang majoritinya melangkaui tahap kemampuan rata-rata penduduk Pulau Pinang? Apalah nasib Rakyat Pulau Pinang mendapat Wakil Rakyat yang bodoh sebegini.

Atau, mungkin inilah sebabnya mengapa Barisan Nasional (BN) kalah di Pulau Pinang. Mereka tidak pandai mengeksploitasikan isu durian:

1. Rakyat Pulau Pinang menghidap kanser dan meninggal dunia disebabkan oleh kilang haram boleh ditutup dengan sebakul durian.

2. Seluruh Pulau Pinang tenggelam boleh ditutup dengan kad diskaun durian.

Bukan BR1M yang diperlukan oleh Rakyat Pulau Pinang agaknya tetapi durian!


17 DS @NajibRazak Disihir DS Rosmah Mansor? Tun @chedetofficial Semakin Nyanyuk



Agak pelik sebagai mantan seorang Doktor perubatan moden yang juga seorang Muslim, 'self proclaimed Top Dog' Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir mengheret masyarakat untuk mempercayai perkara-perkara yang bertentangan dengan ilmu Islam dan juga sains. Sebagai seorang Muslim kita tidak harus mudah untuk percaya perkara-perkara khurafat dan syirik seperti kuasa bomoh. 

Kedua, kita harus sedar bahawa Allah merupakan penentu dan berkuasa ke atas segala sesuatu. Pokoknya, kita perlu sentiasa waspada agar tidak terjerumus dalam perbuatan syirik sekalipun hanya mempercayai kuasa bomoh. Dalam melontar pandangan, kita harus berhati-hati agar ia tidak menimbulkan fitnah. 

Ketiga, dengan melontar pandangan di khalayak ramai dan menggunakan pembesar suara, secara tidak langsung ia telah membuka satu ruang fitnah dan tohmahan terhadap seseorang. Cara sebegini adalah tidak betul kerana wanita itu sendiri tidak tahu kesahihan perkara ini. Maaf kalau saya berkata rupa paras wanita yang bertanyakan soalan itu seperti telah dibomohkan. Hodoh betul! Kata orang, biar hodoh rupa paras dan bukan hodoh kelakuan.

Keempat, sekiranya benar adanya bomoh yang benar-benar berkuasa, sudah lama Barisan Nasional (BN) telah memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) dengan 222 kerusi dan menawan kesemua 13 negeri. Tambahan lagi, telah lama musuh-musuh politik DS Najib Tun Razak telah tunduk kepada beliau akibat dibomohkan. Di mana logiknya jika suami dibomoh, tetapi musuh-musuh politik suami dibiarkan bermarajalela dan parti yang diketuai suami masih menghadapi cabaran dalam setiap pilihanraya?

Kesimpulannya, diharap Tun Dr Mahathir tidak menyebarkan perkara-perkara yang syirik kepada masyarakat. Keluarga Tun Dr Mahathir sendiripun masih tunggang langgang, langsung tidak mengikut lunas dan akidah Islam. Gunakanlah akal yang dikurniakan Allah dengan sebaiknya, serta jagalah nama baik orang Islam agar tidak dipandang sebagai pembawa berita palsu dan berfikiran kolot.

3 DAP Memang Parti Rasis Cina, Jangan Salahkan BN!


DAP sering memomok-momokkan MCA sebagai parti orang Cina. Ya, itu memang tidak dinafikan. MCA telah dibentuk dan ditubuhkan sebelum Malaya merdeka sebagai sebuah parti yang mewakili masyarakat Cina, MIC mewakili masyarakat India dan UMNO mewakili masyarakat Melayu yang mewakili 3 bangsa terbesar di Malaya ketika itu. Ketiga-tiga parti ini bergabung sebagai satu perikatan dan berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara. Itu sejarah.

Berlainan dengan DAP. DAP dibentuk daripada pecahan parti PAP Singapura. DAP sering mendabik dada sebagai parti 'multiracial' atau parti berbilang kaum. Benarkah dakwaan demikian? Di dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP semalam, hanya 3 daripada 20 Ahli Jawakankuasa CEC DAP yang dipilih adalah bukan kaum Cina. 17 yang lain adalah totok Cina. Tiada langsung wakil Melayu yang menang. Maaf, Zairil Khir Johari atau nama sebenar Christoper Ross Lim adalah bukan Melayu.


Di dalam Kongres semalam, Setiausaha Agong DAP memberitahu Barisan Nasional (BN) mahu gambarkan DAP 'Parti Orang Cina'. Bukan BN mahu gambarkan, tetapi BN beritahu apa yang realiti dan sebenarnya berlaku. Keputusan semalam sekali lagi membuktikan realitinya. Pertandingan CEC DAP semalam hanya 54% yang hadir mengundi. Mana yang lainnya? Berkecuali? Tidak dipanggil? Sudah meninggal dunia?

Apa khabar ahli DAP Melayu seperti Ahmad Ton, Dr Arifin Omar, Solaiman Syed Ibrahim, Tengku Zulpuri, Zulkifli Mohd Nor dan Roseli Abang Ghani yang kalah bertanding jawatan tertinggi CEC DAP semalam? Apa rasanya dipinggir Cina DAP? Kenapa pemimpin muda Melayu dalam DAP seperti Dyana Sofea dan Rara tidak bertanding di dalam CEC DAP. Mungkin mereka sedar Melayu hanyalah sekadar alat dan boneka di dalam DAP.


 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates